Monday 29 September 2014

APLIKASI HUKUM KANUN MELAKA TERHADAP UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA




 

LATAR BELAKANG HUKUM KANUN

  • Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Negeri) dan Undang-undang Laut Melaka.
  • Terdapat pengaruh Islam dan Hindu .



 Isi Kandungan Hukum Kanun Melaka

  • mengandungi 44 fasal
  • meyentuh bidang kuasa raja
  • menyentuh bidang kuasa pembesar
  • pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
  • hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
  • undang-undang keluarga

 

 

APLIKASI HUKUM KANUN MELAKA TERHADAP UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 

Undang-undang Melaka atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis . Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan , rakyat , dan Negeri Melaka . Walaupun hukum kanun Melaka ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1446-1456) namun ia baru bertulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah ( 1489-1511) . itulah sebabnya hukum kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun 1489 M .


     Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal . Ia menyentuh bidang kuasa raja .Seterusnya menyentuh bidang kuasa pembesar  serta pantang larang dalam anggota masyarakat . Selain itu hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga . dalam hukum Kanun Melaka , antara contoh yang terkandung di dalamnya adalah , peraturan dan adat istiadat istana , bidang kuasa raja , hak keistimewaan menteri-menteri , orang-orang kaya dan pembesar-pembesar negeri , perhambaan fitnah , perkahwinan ,dan lain-lain .


     Hukum Kanun Melaka penting sebagai panduan yang lengkap dalam menjalankan pemerintahan .
Hukum kanun Melaka dikenali sebagai undang-undang darat Melaka dan Risalat Hukum kanun ( dalam bahasa Arab ) . Ia juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seorang pemerintah dalam menjalankan pemerintahan  . Hukum kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua di Negara ini . Hukum kanun ini juga penting sebagai sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu . Hukum Kanun Melaka juga berperanan menentukan tugas .


       Alternatif terbaik bagi mendapatkan keadilan adalah dengan kembali merujuk kepda undang-undang syariah yang telah lama bertapak di Negara kita semenjak zaman kesultanan melayu Melaka lagi . Hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka adalah dua dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa undang-undang syariah termaktub dalam sistem perundangan Melaka dan jajahan takluknya serta dikuatkuasakan berdasarkan kepada fakta sejarah .


       Hukum Kanun Melaka memperuntukan undang-undang yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah dan pegawai kerajaan , larangan ke atas orang ramai , hukuman ke atas kesalahan sivil dan jenayah , undang-undsng berkaitan keluarga , isu-isu berkaitan ibadat . Perlembagaan Malaysia juga mengambilkira peruntukan-peruntukan syariat yang pernah dikanun dan digunapakai di zaman Kesultanan Melayu Melaka .


       Selain itu , peruntukan undang-undang setempat memberi ruang kepada hakim berdasarkan budi bicara untuk memutuskan samada mengikut hukum syara' atau hukum adat . Dengan ini , hakim akan mengambil kira kesan-kesan sosial yang mungkin timbul jika hukum syariat dijalankan sepenuhnya Penggubal Hukum Kanun Melaka mengambil pendirian berkecuali dengan harapan para hakim menjatuhkan hukuman setimpal berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan .


        Kesimpulannya , peruntukan undang-undang Islam yang turut meliputi kesalahan jenayah menunjukkan Negeri-negeri di Tanah Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan . Kini setelah Tanah Melayu melepasi fasa penjajahan , undang-undang syariah diwarisi dari penjajah British . Melaka adalah Pelabuhan utama dan Pusat Perdagangan Antarabangsa yang dikunjungi oleh pedagang asing dari China dan Barat . 




 




kesan Hukum kanun melaka terhadap undang-undang di malaysia

 

  •  Sebagai sumber rujukan

hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu.dan tidak akan berlaku fenomena main hakim sendiri dalam kalangan masyarakat kerana hukum kanun melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan.

hukum kanun melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas,peranan serta struktur pemerintahan. dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.


Hal ini dapat melancarkan pentadbiran,memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu produktiviti.maka nyatanya undang-undang islam dalam hukum kanun melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan.



 

KESIMPULAN HUKUM KANUN MELAKA

 
          Hukum kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini awalnya dipengaruhi oleh agama hindu, diresapi unsur agama islam yang ketara pada akhirnya.hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan :-
1) Adat lembaga dan tanggungjawab pembesar
2) Hukuman awam dan perbuatan jenayah
3) Perkara-perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan dan kekeluargaan.
Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan sistem perundangan tradisional.

 




Friday 26 September 2014

Faktor-faktor yang membatalkan kewarganegaraan

KEWARGANEGARAAN

Peruntukan -peruntukan pemerolehan kewarganegaraan di senaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 28 pula menyenaraikan ciri-ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.  

 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara. Kewarganegaraan perkara 14-31 terkandung dalam butiran ketiga. Bagi penamatan kewarganegaraan terbahagi kepada dua iaitu Penolakan dan Pelucutan.


Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.
1. SESEORANG INDIVIDU ITU TELAH MENJADI WARGA ASING.

Sebagai contoh, individu tersebut tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan yang dimilikinya dengan cara menolak kewarganegaraannya seperti menjadi warganegara asing.


  • PERKARA 24, pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dan sebagainya.

(1)    Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(2)   Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(3) (Dimansuhkan).

(1)   Tanpa menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan* oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud Fasal ini-
(2)   memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui; atau

(3)   menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan,

(4)   hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu.

(5)   Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.

2. MENDERHAKA TERHADAP KERAJAAN SEMASA PEPERANGAN DENGAN MENJALANKAN URUSAN ATAU PERNIAGAAN DENGAN MUSUH NEGARA.

Umpamanya, menjalankan perhubungan atau perniagaan dengan negara atau musuh negara seperti Israel. Semua warganegara Malaysia adalah dilarang sama sekali daripada mempunyai hubungan dalam apa jua bentuk dengan negara Israel.
Jika keadaan ini berlaku, pihak kerajaan melalui hak-haknya di dalam perlembagaan akan menarik balik kewarganegaraan individu tersebut.

3. SESEORANG WARGANEGARA TELAH MEMBUKTIKAN DIA TIDAK SETIA KEPADA NEGARA SAMA ADA MELALUI PERCAKAPAN ATAU TINDAKANNYA YANG BOLEH MENCEMAR KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA. 

-  Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan oleh perlembagaan jika individu tersebut membuktikan bahawa dia tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya.
Penderhakaan yang dilakukan oleh individu tersebut sama ada di dalam mahupun di luar negara juga menyebabkan perlembagaan berhak menarik balik kewarganegaraan seseorang itu.

4. BERMASTAUTIN DI NEGARA ASING LEBIH 5 TAHUN SECARA BERTERUSAN TANPA MENDAFTAR DIRI DI PEJABAT KONSUL PERSEKUTUAN.

- Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan berdasarkan hak-hak di dalam perlembagaan melalui proses kehakiman.

5. DIHUKUM PENJARA LEBIH DARIPADA 15 BULAN ATAU DIDENDA TIDAK KURANG DARIPADA RM5000 TANPA PENGAMPUNAN BAGI KESALAHANNYA DALAM TEMPOH 5 TAHUN. 

- Selain itu, seseorang warganegara yang mendapatkan kewarganegaraannya melalui pendaftaran tadi turut tidak terlepas daripada tindakan pelucutan kewarganegaraannya jika individu tersebut dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut.

6. MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN SECARA TIPU ATAU PALSU.

- Seseorang yang mempunyai kewarganegaraan secara tipu atau palsu contohnya pendatang asing yang ingin bekerja di negara Malaysia tanpa memperoleh kewarganegaraan yang diluluskan oleh pihak tertentu.

7. BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN NEGARA ASING.

- Kewarganegraan juga boleh dilucutkan apabila seseorang itu berkhidmat di bawah kerajaan negara asing. Contohnya, seseorang yang membocorkan hal kerajaan Malaysia kepada negara asing dengan tujuan untuk menjatuhkan Malaysia. Jelas, seseorang itu berkhidmat di bawah kerajaan negara asing.


8. MENYALAHGUNAKAN HAK RAKYAT.

 - Di samping itu, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaran seseorang itu sekiranya telah secara sukarela menuntut dan menggunakan hak yang hanya diberikan untuk rakyat negara lain sahaja. Contohnya, jika di dalam sebuah negara itu hanya rakyat negara itu dibenarkan membuang undi dan seseorang rakyat Malaysia telah pergi membuang undi, maka dia mungkin boleh dilucutkan kewarganegaraannya.

9. MENCEMARKAN NAMA NEGARA, MENGKRITIK KERAJAAN ATAU RAJA-RAJA, TIDAK SEHALUAN DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG.

-Mencemarkan nama negara, mengkritik kerajaan atau Raja-raja, tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik dan melanggar undang-undang adalah antara alasan yang sering digunakan oleh gerombolan tertentu untuk ‘mendesak’ supaya seseorang atau sesuatu kumpulan itu dilucutkan kewarganegaraan mereka. 

10. MENGHINA JALUR GEMILANG TERMASUK DENGAN MENGIBARKAN BENDERA SANG SAKA MALAYA.

 - Perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.

 - Bagi pengibar atau pejuang yang ingin menjadi Malaysia sebagai republik, mereka menjadikan Sang Saka Malaya sebagai pencetus semangat untuk mengajak rakyat sehaluan dengan mereka turut serta.Jelas sekali hasrat kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang ringan.  Mereka sedang mengajak rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. 

- Sang Saka Malaya, merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan pergerakan kiri di negara ini pada era 1940-an.
 - Pergerakan itu memperjuangkan kemerdekaan tanpa pembabitan raja-raja Melayu, dan oleh itu boleh dikatakan cenderung kearah pembentukan sebuah republik, (melalui penyatuan dengan Indonesia)  sama seperti yang berlaku di Indonesia, di mana raja-raja tempatan telah kehilangan ("dilucutkan") kuasa masing-masing semasa pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia.



 - Bagi pengibar atau pejuang yang ingin menjadi Malaysia sebagai republik, mereka menjadikan Sang Saka Malaya sebagai pencetus semangat untuk mengajak rakyat sehaluan dengan mereka turut serta.Jelas sekali hasrat kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang ringan.  Mereka sedang mengajak rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. 

11. SEORANG WANITA MENJADI WARGANEGARA ASING MELALUI PERKAHWINAN DENGAN LELAKI NEGARA BERKENAAN.

 - Kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang wanita yang menjadi warganegara melalui pendaftaran telah memperolehi kewarganegaraan asing melalui perkahwinannya dengan seorang yang bukan warganegara Malaysia.
 -  Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.

 -  Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan telah dibubarkan, melainkan disebabkan oleh kematian, dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan itu.

12. PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN ANAK ORANG YANG HILANG KEWARGANEGARAAN.

 - Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (1) Perkara 24 atau perenggan (a) Fasal (1) Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau anak suami orang itu.

13. SESEORANG ITU DENGAN TIDAK MENDAPAT KEBENARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TELAH MENERIMA APA-APA JAWATAN ATAU PEKERJAAN ATAU TELAH BERKHIDMAT ATAU MENJALANKAN KEWAJIPAN DALAM APA-APA JAWATAN ATAU PEKERJAAN DI BAWAH KERAJAAN MANA-MANA NEGERI DI LUAR PERSEKUTUAN.

- Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan.


  • PERKARA 25(A), kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan  kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan ,jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau lebih berkhidmat  dalam menjalankan kewajipan dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan asing itu jika suatu sumpah, ikrar , atau akuan taat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.

By: Farah

Bincangkan konsep kebebasan beragama di Malaysia


KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkara 11. Kebebasan ugama.
(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.
(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak—
(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan
(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan mengenai dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Sumber : International Law Book Services
(Setakat Pindaan Hingga 10hb June 2009)













Kebebasan beragama & sekatan perlembagaan


Suatu penjelasan perlu dibuat berulang kali, bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan, bukan agama rasmi seperti yang biasa dihujahkan oleh pihak-pihak yang tidak memahami konteks perundangan.

Mendefiniskan Islam sebagai “agama rasmi” negara adalah tidak tepat kerana perkataan “rasmi” itu tidak pernah disebut dalam Perkara 3.  Frasa “agama rasmi” juga akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual  serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.

Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi Negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara ini dibentuk.

Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah, namun ada pihak yang masih mempertikaikannya. Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693,  Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.

Peruntukan Perkara 3 ini amat bersangkut paut dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri. Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”

Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.

Maka, Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang,  mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan.

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-

1.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)

2.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)

3.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988

4.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

5.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)

6.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

7.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)

8.      Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991

9.      Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)

Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Perlis yang belum menggubal undang-undang sedemikian, walaupun kuasa telah diberikan oleh Perlembagaan.

Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam enakmen ini adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang atau serpihan dari agama-agama tersebut. Termasuklah juga amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.

Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah :-

• Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).

• Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).

• Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).

• Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).

• Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).

Antara perkataan-perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9 tersebut ialah - Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.

Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap (seizable offence) bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah, yakni  pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat kesalahan di bawah undang-undang ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu. Kes-kes berkenaan akan dibicarakan oleh seorang Majistret.

Undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam tersebut bukan sahaja boleh dikenakan terhadap bukan Islam, tetapi juga boleh dikenakan ke atas orang Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka.  Orang Islam juga boleh didakwa menurut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah negeri, iaitu kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada tahun 2002, di Negeri Pahang, dalam kes Pendakwaraya v Krishnan a/l Muthu,  tertuduh seorang bukan Islam telah didakwa kerana melakukan kesalahan menyalahi Seksyen 4 (2) (i) Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Ugama Bukan Islam) Pahang 1989. Tertuduh telah disabitkan bersalah dan dihukum dipenjara selama 20 hari dan didenda RM1,500.00.

Mungkin ada penjelasan yang munasabah mengapa undang-undang kawalan agama bukan Islam di kalangan orang Islam masih tidak digubal oleh Parlimen untuk Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) , Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang mana ketua agama bagi keempat-empat negeri ini adalah Yang DiPertuan Agong.


Konsep toleransi beragama dalam Masyarakat Sabah

Konsep Toleransi dalam dasar 1 Malaysia


Malaysia diiktiraf dalam mengamalkan sifat toleransi dalam beragama. Kekaguman banyak pihak atas sifat dan persefahaman ini membawa kepada wujudnya pelancongan budaya dalam kalangan warga asing. Jelas keharmonian antara agama merupakan suatu perkara yang unik di Negara bertuah ini.

Konsep ”Satu Malaysia” yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak pada tahun 2009 amat bertepatan ketika rakyat di Negara sedang merayakan ulang tahun kemerdekaan kali ke-52 selaras dengan visi kerajaan pimpinan Perrdana Mentreri yang menjurus ke arah matlamat baru iaitu, "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan." (People first, achievement now).

Di Sabah, rakyat sudah menikmati kemerdekaan kurang daripada 52 tahun kerana Sabah merdeka pada 16 September 1963, namun melalui konsep yang diilhamkan oleh Najib menggambarkan Sabah yang mempunyai lebih daripada 30 etnik sudah lama menempah hidup dalam suasana aman damai setelah terlepas dari cengkaman penjajah Inggeris.

Ramai yang berpendapat bahawa konsep kesatuan itu sebenarnya sudah wujud di Sabah sejak sekian lama, ini disebabkan penduduk di Sabah adalah terdiri daripada rakyat yang mempunyai pertalian hubungan persaudaraan dalam kalangan beberapa suku kaum.

Di Sabah suku kaum terbanyak ialah Kadazandusun. Pada tahun 1970, suku kaum ini merupakan 28.2% daripada jumlah penduduk Sabah. Ketika itu masyarakat Kadazandusun ramai tinggal di kawasan Pedalaman dan kini ramai sudah berhijrah ke kawasan lain. Semantara masyarakat Murut pula ramai yang menetap di Pedalaman sehingga ke kawasan sempadan Kalimantan.

Di kawasan Pedalaman juga terdapat suku kaum Lundayeh yang dahulunya sehingga sekarang ramai tinggal di kawasan hulu Sungai Mengalong dalam daerah Sipitang. Himpunan suku kaum itu juga kini sudah bertaburan di merata tempat di Sabah.

Masyarakat tempatan seperti Murut, Rungus, Dusun Tatana, Dusun Lotud, Bonggi dan lain-lain adalah dikatakan menjadi rumpun Kadazandusun.

Bajau pula adalah masayarakat yang menghimpunkan beberapa serpihan suku bangsa seperti Iranun, Suluk, Ubian dan lain-lain lagi yang ramai tinggal di pesisir pantai dan di tebing-tebing sungai. Mayarakat Bajau yang keseluruhannya beragama Islam dikatakan antara penduduk yang terbanyak di Sabah. Suku kaum ini juga terdapat di seluruh negara.

Terdapat juga suku-suku bangsa yang lain seperti Kedayan, Orang Sungai, Iranun, Tidong, Bisaya, Brunei dan lain-lain lagi. Masyarakat Brunei sudah mula menetap di Pantai Barat Sabah sejak wilayah tersebut di bawah takluk jajahan Kesultanan Brunei pada zaman dahulu.

Syarikat-syarikat tembakau dan getah yang dipelopori oleh syarikat berpiagam British pada 1880-an telah mendatangkan masyarakat Cina Hakka, Kanton, Hokkien dan Teochew sebagai buruh di syarikat-syarikat berkenaan. Selepas Perang Dunia ke-2, penghijrahan masyarakat Cina ke Sabah semakin bertambah dan sejak itulah masyarakat Cina di Sabah dikatakan yang kedua terbanyak selepas Kadazandusun.

Sejak selepas Perang Dunia Pertama orang Jawa dari Indonesia sudah mula berhijrah ke Sabah. Sejak 1911 kedatangan masyarakat dari Indonesia selain Jawa semakin ramai berhijrah ke Sabah.
Kedatangan masyarakat lain dari Semenjung, Sarawak, Brunei, Indonesia, Fillipina, Eropah dan lain-lain negara ke Sabah semacam tidak dapat dielakkan, tambahan pula kalau mereka datang mengikut saluran yang betul.

 Sikap toleransi antara pelbagai kaum di Sabah mula terjalin melalui sistem “tamu” yang wujud sejak Sabah diperintah oleh Inggeris lagi. Semua kaum akan berkumpul di tamu yang sering diadakan di pekan-pekan yang berhampiran. Sistem tamu telah dapat menanam rasa harmoni dan persefahaman antara kaum dan ia berlarutan sehingga sekarang walaupun kesan ideologi politik telah menodai konsep yang terjalin buat sekian lama.

Di Semenanjung, penduduk asalnya ialah Melayu yang mempunyai beberapa cabang suku etnik dan kebanjiran pelbagai etnik sudah mula sejak 3,000 sebelum Masihi lagi. Kemunculan Asia Tenggara terutama sekali Melaka sebagai pusat dagangan utama di Semenanjung pada kurun ke-15 menyebabkan kebanjiran etnik lain datang ke sana dan menetap bersama-sama penduduk tempatan dan mereka kini berstatus orang Malaysia.

Walaupun Semenanjung Malaysia sudah mempunyai pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan, Semelai namun orang Melayu mengikut sejarahnya telah mula menetap di sana sejak lebih daripada 5,000 tahun dahulu. Apabila iklim perdagangan kian rancak kedatangan pedagang yang berbilang bangsa juga kian rancak ke Semenanjung.

Pendatang seperti Cina dan India sudah lama berlaku. Orang Cina mula berhijrah ke Semenanjung sejak kurun ke-19 dan berkerja di lombong-lombong bijih timah, sementara kedatangan masyarakat Tamil India juga berlaku pada kurun ke-19 kebanyakkannya di bawah masuk atas perjanjian koloni Inggeris dan Belanda untuk dijadikan buruh binaan seperti mmbuat jalan raya dan jambatan dan suku kaum ini juga berkerja di ladang tebu, teh, kopi dan getah.

Di Sarawak masyarakat peribuminya terdiri daripada Iban, Melanau, Kayan, Kenyah, sementara lain-lainnya terdiri dairpada Bidayu, Kelabit, Murut, Punan, Bisaya, Kedayan, Brunei, Melayu dan lain-lain.
Pembangunan komposisi masyarakat di Sarawak juga terjadi ekoran aktiviti perdagangan dan perniagaan serta perladangan.

Masyarakat Cina Hakka berhijrah ke Sarawak berlaku pada kurun ke-19 setelah pemerintahan Sarawak diambil alih oleh James Brooke. Bilangan besar masyarakat Cina yang datang ke Sarawak berasal dari Sambas dan masyarakat ini menjalankan perusahaan perlombongan emas. Etnik Hokkien datang ke Kuching sekitar tahun 1980-an. Sekitar tahun 1857, jumlah masyarakat Cina di Sarawak sudah mencecah lebih kurang 4,000 orang.

Rakyat Malaysia semakin bertambah bilangannya, suku kaumnya juga banyak. Dari sudut lain pengaruh setengah-setengah etnik masih mengambil tempat di kalangan masyarakat. Para pejuang etnik masih lagi berusaha untuk menonjolkan etnik masing-masing di mata masyarakat. Ia dilihat semacam ada persaingan antara etnik, ada juga etnik yang terpingir dan terasing serta ada etnik yang begitu menonjol sekali sehingga ia dikenali sebagai simbol dan identiti kebangsaan.

Pun begitu kini konsep “Satu Malaysia” diperkenalkan ia mempunyai dasar rakyat tetap didahulukan dan pencapaian pula perlu akan diutamakan. Kita yakin melalui konsep ini semua rakyat akan dilayan sama rata dengan tidak mengira enik dan status.

Konsep Satu Malaysia adalah dasar baru kerajaan di peringkat nasional yang meliputi negeri-negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan yang akan mencorakkan prespektif seluruh masyarakat.

Konsep Satu Malaysia amat menarik walaupun pengertiannya dalam kalangan rakyat biasa masih kabur. Rakyat percaya para pemimpin di peringkat nasional dan negeri akan memainkan peranan untuk menyalurkan maksud yang tersirat dan tersurat kepada semua peringkat penduduk melalui pelbagai bentuk aktiviti harian.

Satu Malaysia adalah resepi yang ideal untuk semua rakyat Malaysia. Semangat kebangsaan dalam bentuk kesepakatan budaya, kesamarataan hak, toleransi beragama, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, setiakawan antara semua kaum amat diharapkan akan menjadi realisasi bagi mencapai matlamat Satu Malaysia.

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi negara seperti Malaysia yang boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan agama. Perlembagaan Persekutuanpun telahpun menjelaskan matlamat sebenar.

Satu proses yang menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka (rakyat) Petikan dari buku Negara Kita.

Matlamat ini dipercayai akan tercapai dengan mengamalkan konsep dalam Rukun Negara itu.

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang dan
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Lagu kebangsaan Negara Ku juga sebagai petunjuk kepada naluri dan perasaan serta semangat rakyat yang menetap di negara Malaysia yang berperlembagaan dan berparlimen.

Sesungguhnya setiap agama mengajar penganutnya  berbuat baik kepada sesama manusia, menghormati hak orang lain, dan melarang kepada perlakuan yang merosakkan. Inilah yang diterima oleh majority penganut pelbagai agama di Malaysia dan kefahaman ini perlu ditingkatkan demi kesejahteraan Negara tercinta ini.

 RUJUKAN :

-Buku Rujukan Pengajian Am
-Pesta Kaamatan Bukti Sabah Makmur
-Misi KP1M Mampu Ketengah Kerjasama & Toleransi Antara Kaum & Agama 2/10/2012
-Toleransi.

By: Nur safiqah Binti Osman